Set Ibu Hamil Shaklee

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan gembira.

Ok, kalau semalam ME ada beritahu yang ME sedang hamil 28 minggu. Kalau ikutkan, esok adalah 29 minggu. Alhamdulillah... Semoga baik-baik sahaja baby dalam perut ni... Amin.

Jadi hari ini, ME ingin kongsikan apa yang ME amalkan sepanjang hamil dari minggu ke 11. Memang ME berniat untuk amalkan suplimen Shaklee dari awal lagi, memandangkan ME dapat lihat kecomelan anak kawan ME berbeza anak pertama dan kedua. Terutama dari segi kulit. 

Ok lah, inilah yang ME amalkan sepanjang hamil:


1. B-Complex

Kelebihan:

  • Mengurangkan risiko kecacatan fizikal dan kerencatan otak pada janin
  • Lengkap dengan asid folik dan 8 kumpulan vitamin B
  • Penting untuk pembinaan tulang bayi
  • Mengurangkan kelesuan ibu
  • Mengurangkan stress ibu hamil
  • Membantu pembentukan sel darah merah

Nota: Penting bagi menjamin keperluan asid folik mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung. 


Pengalaman MEME amalkan asid folik 2 bulan sebelum bernikah. Itu pun tidaklah konsisten. Alhamdulillah, selepas 6 bulan berkahwin, FN disahkan hamil.

Cara pemakanan: 1 biji sehari selepas sarapan.


2. Energizing Soy Protein (ESP)



Kelebihan:
  • Membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh
  • Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
  • Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit
  • Memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk
  • Membantu membekalkan asid amino penting pada tubuh badan
Nota: Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan membantu aliran darah ibu. Keperluan protein ini penting bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Cara Pemakanan:
  • Selepas bangun tidur
  • Sebelum tidur
  • Sukatan: 1.5 sudu besar dengan 200ml air sejuk, TIDAK boleh air panas
  • Tidak digalakkan diambil bersama Vita-Lea, jarakkan pengambilan


3. Ostematrix

Kelebihan:
  • Mengandungi 250mg kalsium, magnesium dan vitamin D
  • Melegakan sakit belakang, menguatkan tulang, mengelakkan osteoporosis
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas
  • Meringankan stress, menggalakkan tidur selesa si ibu
  • Keperluan ibu mengandung adalah 1000mg-1300mg kalsium sehari
  • Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi
  • kalsium penting untuk membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi si ibu
  • Magnesium berfungsi untuk menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • Vitamin D bertindak merangsang penyerapan kalsium
  • Membantu melawaskan sistem pencernaan
Nota: Risiko bagi ibu hamil yang kekurangan kalsium akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi pada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu terdedah kepada osteoporosis di usia tua.

Cara Pemakanan: 4 biji sebelum tidur

Pengalaman ME: ME sangat suka ostematrix ni.. Sebabnya melawaskan pembuangan air besar. FN memang hadapi masalah sembelit dari kecil lagi. Ostematrix ini sangat membantu :)



 4. Sustained Released Vita-C Plus


Kelebihan:
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik
  • Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Penting untuk gusi dan gigi yang sihat
  • Membantu dalam penghadaman zat disamping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh
  • Pengambilan bersama vitalea iron formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah
Nota: 1biji bersamaan 7 biji oren. Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan dan ianya boleh diperolehi daripada makanan atau suplimen. Tanda-tanda kekurangan Vitamin C, termasuk rambut rapuh, keradangan gusi, kulit kering, luka lambat sembuh.

Cara Pemakanan: 1 biji selepas sarapan


5. Vita-Lea




Kelebihan:
  • Multivitamin yang kaya dengan iron (zat besi) mengandungi 12 vitamin dan 7 galian
  • Mengimbangi nutrien, membantu kecergasan tubuh
  • Membantu pembentukkan sel darah merah
  • Membantu meningkatkan hemoglobin (Hb) ke paras normal
Nota: Ibu-ibu yang mempunyai masalah darah rendah akan sentiasa kelihatan pucat lesu dan mudah pitam atau pengsan (anemia). Anemia ini merbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Cara Pemakanan: 1 biji sehari selepas makan tengahari

Pengalaman ME: ME pergi ke klinik 15.02.2016, nurse tengok bacaan Hb ME menurun kepada 11.3. Nurse kata, kalau makin menurun, dia akan beri ubat untuk next appointment. ME ni bila dengar ubat je terus fikir bukan-bukan. Lebih baik makan suplimen / vitamin. Memang masa tu, ME lalai sedikit, selalu terlupa nak makan vitamin. Sejak kena tegur, ME terus tak skip makan vitalea. Next appoinment 21.03.2016, Hb ME naik 11.5. Alhamdulillah... :)


6. Omega Guard


Kelebihan:
  • Minyak ikan yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak, Omega 3 semulajadi termasuk DHA, EPA, ALA dan banyak lagi
  • Membantu pembentukan sel otak janin
  • Membantu mengawal paras kolestrol dalam badan ibu ketika hamil
  • Meningkatkan sistem imun badan ibu hamil untuk mengelakkan diserang demam dan selsema
  • Disarankan diambil apabila peringkat trimeseter 2 dan 3
Nota: Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega 3 mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan anak-anak yang ibunya tidak mengambil Omega 3.

Cara Pemakanan:
  • Untuk ibu hamil / kanak-kanak 2 tahun ke atas makan 1 biji sehari selepas sarapan
  • Untuk dewasa / ibu tidak hamil makan 2 biji sehari selepas sarapan


Promosi: 

  1. Boleh whatsapp/SMS ME (+6013-7160695) untuk dapatkan FREE Consultation dan harga terbaik.
  1. Promosi bulan Mac 2016,BELI 6 ESP, PERCUMA 1 ESP. Cepat2 grab ye semua :)

No comments:

Post a Comment