Apa Itu Alzheimer dan Cara Mengawalnya



Alzheimer ialah sejenis gangguan otak dan biasanya terjadi dikalangan orang yang lebih tua. Alzheimer menyebabkan kemusnahan dan kematian sel saraf membawa kepada kegagalan ingatan, perubahan personaliti dan akhirnya menyukarkan tugas-tugas paling mudah kehidupan seharian.

Di antara jenis sakit tua ialah nyanyuk, dementia, alzheimer, parkinson dan lain-lain. Hilang ingatan dan nyanyuk sering mengancam warga emas. Otak akan mengecut dengan peningkatan umur dan jika tidak diaktifkan dengan pelbagai rangsangan.

Dalam penyakit azheimer, plak beta-amyloid melekat pada dinding saluran darah ke otak, mengurangkan bekalan darah dan oksigen. Kesannya, sel-sel otak musnah.

Penyakit angin ahmar atau strok juga boleh merosakkan bahagian-bahagian terpenting dalam otak, mengakibatkan gangguan fungsi-fungsi seperti pertuturan, ingatan dan hemiplegia (mati sebelah badan).


Simptom-simptom menghidap alzheimer:

  • Hilang ingatan yang mengganggu kehidupan harian
  • Cabaran dalam merancang atau menyelesaikan masalah
  • Sukar menyiapkan tugas-tugas harian di rumah dan tempat kerja
  • Keliru dengan masa atau tempat, merasa bimbang
  • Sukar untuk tidur
  • Sukar memahami imej visual 
  • Sukar bercakap atau menulis
  • Silap meletakkan barang dan sukar mengingatinya semula
  • Sering salah faham
  • Tidak suka melakukan aktiviti sosial
  • Perubahan mood dan personaliti
Nota: Hilang ingatan tidak semestinya simptom alzheimer. Sesetengahnya adalah perkara semulajadi apabila berlaku penuaan. Terdapat beberapa faktor kesihatan yang menjejaskan ingatan termasuk tekanan perasaan, kesan pengambilan dadah, masalah tirod, lebih penggunaan alkohol atau kurang vitamin-vitamin tertentu.


Faktor risiko:

Lebih kurang 70% risiko dipercayai berkaitan faktor genetik. Faktor lain termasuk, sejarah kecederaan kepala atau trauma kepala, depression, tekanan darah tinggi dan kerosakan kognitif yang kecil.

Terdapat beberapa bukti melibatkan faktor penyakit jantung adalah menyebabkan Alzheimer, termasuk:
  • Kurang bersenam
  • Diabetes yang tidak terkawal
  • Merokok
  • Homosisteina yang tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolesterol dalam darah yang tinggi
  • Kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran



Cara Merawat Alzheimer dan Cara Memelihara Kesihatan Otak
  • Sentiasa bersosial / jangan mengasingkan diri
  • Belajar benda baru
  • Banyak lakukan aktiviti fizikal/ bersenam
  • Tidur yang cukup
  • Tenangkan fikiran dan atasi stress
  • Banyakkan membaca Al-Quran
  • Kawal penyakit tidak berjangkit - Diabetes, Jantung, Kolesterol
  • Suplimen dan vitamin

Makanan yang boleh menguatkan daya ingatan
  • Avokado -  Kandungan asid aleic berfungsi melindungi saraf neuron dan melancarkan aliran darah pada otak
  • Blueberry - Dikenali sebagai brainberries, tinggi dengan antioksidan dan menjadi salah satu makanan terapi bagi alzheimer
  • Kekacang - Menstabilkan kandungan gula dalam badan dan terus meningkatkan fungsi otak 
  • Bijirin - Kandungan lemak omeganya mampu meningkatkan lagi kemampuan otak ke tahap yang maksium. Juga tinggi kandungan fiber atau serat yang membekalkan vitamin dan minerla yang tinggi untuk badan
  • Ikan Salmon Liar - Omega-3, vitamin B dan juga asid amino yang tinggi menjadikannya makanan paling bagus untuk meningkatkan daya kognitif
  • Coklat - mempunyai antioksidan yang tinggi dan ia mampu membaiki fokus, meningkatkan kosentrasi serta merangsang penghasilan endorfin, yang membantu membina otak yang sihat.

Seperti gambar di atas, beberapan vitamin yang dicadangkan untuk mengurangkan alzheimer dan menambahkan daya ingatan:
  • Lecithin - Meningkatkan fungsi dan potensi otak
  • Vitamin E - Membantu dalam pengangkutan oksigen kepada sel-sel otak serta melambatkan penyusutan otak dan risiko alzheimer
  • Omega Guard - Tinggi kandungan Omega 3 dan DHA bagi meningkatkan daya ingatan 
  • ESP - Mengandungi asid amino yang membekalkan tenaga kepada otak, jantung dan otot rangka dengan menyalurkan asid lemak kepada sel-sel tersebut. Cartinine (sejenis asid amino) membantu melambatkan proses 'penurunan' mental kepada pesakit alzheimer
  • Vivix - Resveratrol sejenis polyphenol yang terdapat dalam Vivix dapat menurunkan beta-amyloid pesakit alzheimer. Kajian makmal yang dilakukan, apabila resveratrol dimasukkan ke dalam sel-sel, ia mampu mengurangkan rembesan beta-amyloid dan menghancurkannya. Serta resveratrol membuang plak beta-amyloid di dalam otak dan mencegahnya dari terbentuk
  • B Complex - Vitamin B12 mengelakkan hilang ingatan dalam diri kita dan mampu meningkatkan fungsi otak
  • Garlic - Membantu melambatkan proses penyusutan otak



Mummy Eza Vitashop6013-7160695


Free Delivery seluruh Malaysia

















Persediaan Hadapi Ramadan

Bagaimana dengan Ramadan kali ini? Adakah semua ok? Kak Eza nak kongsikan tips dengan anda semua makanan-makanan yang bersesuaian semasa bersahur dan berbuka.


1. Bijirin - Beras merah dan gandum mengandungi karbohidrat kompleks dan serat tinggi. Kandungan karbohidratnya hanya 38mg dan sangat baik untuk anda yang berpuasa dan berdiet.

2. Kentang - Mengandungi karbohidrat kompleks yang tinggi dalam bentuk pati. Selain itu ia mengandungi vitamin C, vitamin B6, zat besi dan serat yang tinggi.

3. Roti Gandum - Sepotong roti gandum mengandungi 20gm karbohidrat. Selain itu mengandungi vitamin, mineral dan serat yang baik untuk metabolisme badan. Kurangkan roti putih yang memiliki kandungan karbohidrat tinggi.

4. Putih Telur - mengandungi protein, karbohidrat tinggi, robiflavin dan rendah lemak.

5. Buah-buahan Segar 
  • Pisang: Selain vitamin B6 dan vitamin C, ia juga mengandungi pottasium dan berserat tinggi.
  • Berry: Pelbagai jenis dari keluarga berry seperti strawberry, blueberry dan blackberry. Buah berry selain mengandungi karbohidrat kompleks, juga mengandungi antioksidanuntuk melindungi tubuh dari radikal bebas
  • Tembikai: Mengandungi vitamin C, beta karotin sebagai antioksidan dan dapat mencegah katarak. Tembikai mengandungi air yang tinggi dan rendah kalori.
6. Buah yang dikeringkan
  • Buah kering seperti kurma, kismis, kiwi dan plum boleh diambil sebagai pencuci mulut selepas makan.
  • Kurma kaya dengan pottasium dan zat galian yang lain. Pottasium adalah elektrolit yang akan seimbangkan kembali kandungan air dalam badan.

Contoh juadah berbuka yang baik:


  • 3 sudu besar ESP dan di blend bersama buah-buahan seperti pisang, kurma dan sebagainya (buah-buahan yang tinggi serat)
  • 1 cawan nasi, 1 ekor ikan/ seketul ayam/ seketul daging dipanggang dan 1 cawan sayur-sayuran campuran
  • Moreh - Sebiji buah-buahan segar / buah kering


Contoh juadah bersahur yang baik:


  • 3 sudu besar ESP dan 5 sudu besar Performance Orange (bagi mengekalkan hidrasi dalam badan) serta segelas air sejuk/ suam digoncang (shake).
  • 1 cawan nasi, 1 ekor ikan/ seketul ayam/ seketul daging steam/ sup dan 1 cawan sayur-sayuran campuran.
  • Snek - buah-buahan kering seperti kurma


Semoga bermanfaat kepada semua. Kak Eza memang tidak skip ESP untuk mengekalkan tenaga sepanjang berpuasa. Performance Orange juga sangat penting untuk mengelakkan dehidrasi dalam badan.






Jika berminat, boleh hubungi Kak Eza www.wasap.my/60137160695. Kak Eza boleh bagi free postage ya. 💘

Pengedar Shaklee Melaka

ANDA NAK CARI PRODUK SHAKLEE DI MELAKA?

ANDA MENCARI PRODUK SHAKLEE MURAH DI MELAKA?

ANDA NAK CARI PENGEDAR SHAKLEE DI MELAKA?

ANDA NAK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE SEGERA DI MELAKA?

ANDA MENCARI AGEN SHAKLEE MELAKA?

ANDA MENCARI STOKIS SHAKLEE MELAKA?


Tahukah anda kesihatan itu amat penting dan perlu dijaga?

Tahukah anda lebih 5 juta penduduk Malaysia mengalami masalah diabetes?

Tahukah anda bahawa 1 dari 6 punca kematian di Malaysia berpunca dari Sakit Jantung?


Tahukah anda Shaklee melaburkan lebih 300 juta dolar untuk penyelidikan dan pembangunan produk?

Tahukah anda bahan-bahan yang digunakan dalam produk Shaklee adalah semulajadi yang paling halus dan tulen serta disokong oleh bukti kajian sains dan makmal?

Berita baik untuk anda!

1. Saya bersedia membantu anda 24 jam. Boleh call, SMS, Telegram dan Whatsapp. Bagi memudahkan anda klik di sini untuk whatsapp.

2. Saya merupakan Agen Shaklee Termurah di Melaka. 

3. COD Shaklee setiap hari.

4. POS Shaklee setiap hari.

5. Untuk dapatkan Shaklee yang lebih MURAH, jom sertai Ahli Shaklee

http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1219043

Whatsapp sekarang!!!




Set Ibu Hamil Shaklee

Assalamualaikum... Apa khabar semua? Semoga semua berada dalam keadaan sihat dan gembira.

Ok, kalau semalam ME ada beritahu yang ME sedang hamil 28 minggu. Kalau ikutkan, esok adalah 29 minggu. Alhamdulillah... Semoga baik-baik sahaja baby dalam perut ni... Amin.

Jadi hari ini, ME ingin kongsikan apa yang ME amalkan sepanjang hamil dari minggu ke 11. Memang ME berniat untuk amalkan suplimen Shaklee dari awal lagi, memandangkan ME dapat lihat kecomelan anak kawan ME berbeza anak pertama dan kedua. Terutama dari segi kulit. 

Ok lah, inilah yang ME amalkan sepanjang hamil:


1. B-Complex

Kelebihan:

  • Mengurangkan risiko kecacatan fizikal dan kerencatan otak pada janin
  • Lengkap dengan asid folik dan 8 kumpulan vitamin B
  • Penting untuk pembinaan tulang bayi
  • Mengurangkan kelesuan ibu
  • Mengurangkan stress ibu hamil
  • Membantu pembentukan sel darah merah

Nota: Penting bagi menjamin keperluan asid folik mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung. 


Pengalaman MEME amalkan asid folik 2 bulan sebelum bernikah. Itu pun tidaklah konsisten. Alhamdulillah, selepas 6 bulan berkahwin, FN disahkan hamil.

Cara pemakanan: 1 biji sehari selepas sarapan.


2. Energizing Soy Protein (ESP)



Kelebihan:
  • Membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh
  • Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
  • Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit
  • Memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk
  • Membantu membekalkan asid amino penting pada tubuh badan
Nota: Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan membantu aliran darah ibu. Keperluan protein ini penting bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Cara Pemakanan:
  • Selepas bangun tidur
  • Sebelum tidur
  • Sukatan: 1.5 sudu besar dengan 200ml air sejuk, TIDAK boleh air panas
  • Tidak digalakkan diambil bersama Vita-Lea, jarakkan pengambilan


3. Ostematrix

Kelebihan:
  • Mengandungi 250mg kalsium, magnesium dan vitamin D
  • Melegakan sakit belakang, menguatkan tulang, mengelakkan osteoporosis
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas
  • Meringankan stress, menggalakkan tidur selesa si ibu
  • Keperluan ibu mengandung adalah 1000mg-1300mg kalsium sehari
  • Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi
  • kalsium penting untuk membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi si ibu
  • Magnesium berfungsi untuk menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • Vitamin D bertindak merangsang penyerapan kalsium
  • Membantu melawaskan sistem pencernaan
Nota: Risiko bagi ibu hamil yang kekurangan kalsium akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi pada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu terdedah kepada osteoporosis di usia tua.

Cara Pemakanan: 4 biji sebelum tidur

Pengalaman ME: ME sangat suka ostematrix ni.. Sebabnya melawaskan pembuangan air besar. FN memang hadapi masalah sembelit dari kecil lagi. Ostematrix ini sangat membantu :)



 4. Sustained Released Vita-C Plus


Kelebihan:
  • Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik
  • Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Penting untuk gusi dan gigi yang sihat
  • Membantu dalam penghadaman zat disamping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh
  • Pengambilan bersama vitalea iron formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah
Nota: 1biji bersamaan 7 biji oren. Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan dan ianya boleh diperolehi daripada makanan atau suplimen. Tanda-tanda kekurangan Vitamin C, termasuk rambut rapuh, keradangan gusi, kulit kering, luka lambat sembuh.

Cara Pemakanan: 1 biji selepas sarapan


5. Vita-Lea




Kelebihan:
  • Multivitamin yang kaya dengan iron (zat besi) mengandungi 12 vitamin dan 7 galian
  • Mengimbangi nutrien, membantu kecergasan tubuh
  • Membantu pembentukkan sel darah merah
  • Membantu meningkatkan hemoglobin (Hb) ke paras normal
Nota: Ibu-ibu yang mempunyai masalah darah rendah akan sentiasa kelihatan pucat lesu dan mudah pitam atau pengsan (anemia). Anemia ini merbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Cara Pemakanan: 1 biji sehari selepas makan tengahari

Pengalaman ME: ME pergi ke klinik 15.02.2016, nurse tengok bacaan Hb ME menurun kepada 11.3. Nurse kata, kalau makin menurun, dia akan beri ubat untuk next appointment. ME ni bila dengar ubat je terus fikir bukan-bukan. Lebih baik makan suplimen / vitamin. Memang masa tu, ME lalai sedikit, selalu terlupa nak makan vitamin. Sejak kena tegur, ME terus tak skip makan vitalea. Next appoinment 21.03.2016, Hb ME naik 11.5. Alhamdulillah... :)


6. Omega Guard


Kelebihan:
  • Minyak ikan yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak, Omega 3 semulajadi termasuk DHA, EPA, ALA dan banyak lagi
  • Membantu pembentukan sel otak janin
  • Membantu mengawal paras kolestrol dalam badan ibu ketika hamil
  • Meningkatkan sistem imun badan ibu hamil untuk mengelakkan diserang demam dan selsema
  • Disarankan diambil apabila peringkat trimeseter 2 dan 3
Nota: Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega 3 mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan anak-anak yang ibunya tidak mengambil Omega 3.

Cara Pemakanan:
  • Untuk ibu hamil / kanak-kanak 2 tahun ke atas makan 1 biji sehari selepas sarapan
  • Untuk dewasa / ibu tidak hamil makan 2 biji sehari selepas sarapan


Promosi: 

  1. Boleh whatsapp/SMS ME (+6013-7160695) untuk dapatkan FREE Consultation dan harga terbaik.
  1. Promosi bulan Mac 2016,BELI 6 ESP, PERCUMA 1 ESP. Cepat2 grab ye semua :)

ME dan Shaklee :)


Alhamdulillah... Inilah kotak pertama yang ME terima dari Shaklee. Sebelum ini, ME hanya order melalui senior ME. 

Hari ini, ME akan mula mencuba ESP, Omega Guard dan Vivix. Sebelum ini, ME hanya consume:

1. Ostemetrix (bagus untuk orang yang sembelit macam ME...huhuhu)
2. B Complex (banyak khasiat terutama untuk orang yang cepat stress macam ME dan bagus menukarkan gula kepada tenaga)
3. Vitalea (multivitamin pelbagai khasiat termasuk untuk ME yang dah mula turun HB), dan 
4. Vit C
5. Zinc (sesuai untuk ME yang ada masalah gula tinggi)

Untuk pengetahuan semua, ME sedang mengandung 28 minggu. Suplimen Shaklee ini memang bagus untuk si ibu yang hamil. ME amalkan dari kandungan sebelum 12 minggu lagi... ME sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk ME dan baby. Kita hanya merancang dan Allah menentukan. Yang penting ada usaha, betul tak? 

Boleh call/whatsapp/SMS ME untuk FREE Consultation: +6013-7160695
Email: ezanoor84@gmail.com

Pembukaan dan Permulaan Yang Baik

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua....

Selamat datang ke blog Mummy Eza Vitashop....

Alhamdulillah... Ini post pertama ME untuk blog ini. Tujuan ME membangunkan blog ini hanya untuk berkongsi tip-tip kesihatan disamping ME juga mahu menjaga kesihatan dengan lebih baik. Terima kasih Allah yang memberikan kesihatan yang baik dan ME juga manusia biasa yang tidak terlepas diduga dengan kesihatan yang kurang baik.

Namun begitu, Allah pernah berkata, tiada sakit yang tiada ubatnya kecuali kematian. Oleh itu, ME terbuka hati untuk berkongsi apa sahaja yang ME ketahui supaya dapat dimanfaatkan oleh semua orang. Insya Allah.

Untuk permulaan ini, ME belum dapat lagi nak menaip banyak info. Oleh itu, sebarang pertanyaan tentang suplimen kesihatan, boleh hubungi ME melalui email (ezanoor84@gmail.com) atau melalui whatsapp/SMS (+6013-7160695). Oh ya, boleh panggil ME, Faezah / Eza. Lahir tahun 84. Jadi bolehlah panggil panggilan yang sesuai semasa mesej ME ya. hehehe....